Our Story — AmirBM Char Koay Teow
The AmirBM Journey

Dari jalanan, menjadi sebuah perjalanan.

AmirBM Char Koay Teow bermula sebagai sebuah perniagaan kecil di pasar malam. Dari pengalaman dan cabaran yang dilalui, perjalanan itu berkembang menjadi sebuah rangkaian perniagaan Char Koay Teow.

1999 Tahun bermula
Kenali Cerita Kami →
AmirBM Char Koay Teow
Specialist Char Koay Teow Sejak 1999
Our Beginning 1999

Tahun AmirBM Char Koay Teow memulakan perjalanan.

Bermula kecil, berkembang bersama pengalaman.

AmirBM Char Koay Teow telah berada dalam industri Char Koay Teow sejak 1999. Bermula di pasar malam sekitar Cheras, perniagaan ini kemudiannya bertapak secara lebih kekal di Setiawangsa pada tahun 2004.

Garis Masa

Setiap fasa,
satu langkah ke hadapan.

Perjalanan AmirBM dibentuk oleh pengalaman, cabaran dan usaha untuk berkembang bersama lebih ramai usahawan.

01
1999

Permulaan

AmirBM Char Koay Teow bermula di pasar malam sekitar Cheras.

02
2004

Bertapak

Perniagaan mula bertapak secara lebih kekal di Setiawangsa.

03
2015

Growth

AmirBM mula menambah cawangan dan membentuk pasukan untuk perkembangan perniagaan.

04
Today

Maturity

Membuka peluang kepada bakal usahawan melalui konsep Rakan Niaga AmirBM CKT.

ABMCKT Story

Cerita di sebalik
AmirBM.

AmirBM Char Koay Teow

Sebuah perjalanan yang bermula daripada kehidupan seorang peniaga jalanan.

Mohd Yusni bin Amri, yang dikenali sebagai Master Yus, merupakan pemilik rangkaian AmirBM Char Koay Teow bersama isterinya, Siti Rohani Hj Wan Chik.

Perjalanan di Kuala Lumpur bermula pada tahun 1997. Sebelum memulakan perniagaan Char Koay Teow, pelbagai kerja sambilan dan perniagaan makanan dilakukan untuk menambah pendapatan.

Perniagaan Char Koay Teow tercetus apabila idea untuk menjalankan perniagaan makanan yang memerlukan persiapan minimum mula dipertimbangkan.

Pada tahun 1999, perniagaan AmirBM Char Koay Teow dimulakan di sekitar pasar malam Cheras. Selepas beberapa tahun, perniagaan berkembang ke tapak statik di Setiawangsa.

“Bermula dari bawah, terus melangkah ke hadapan.”

Pengalaman yang dilalui menjadi asas kepada usaha untuk membantu lebih ramai orang melalui ilmu dan pengalaman dalam perniagaan Char Koay Teow.

Hari ini, AmirBM terus membawa konsep Rakan Niaga bagi membuka peluang kepada lebih ramai bakal usahawan untuk menyertai ekosistem AmirBM CKT.

Behind AmirBM

Mereka di sebalik perjalanan ini.

Kisah AmirBM turut dibentuk oleh dua individu yang menjadi sebahagian penting dalam perjalanan jenama ini.

Siti Rohani Hj Wan Chik
Founder

Siti Rohani Hj Wan Chik

Founder AmirBM Char Koay Teow

Mohd Yusni bin Amri
Co-Founder & Coach

Mohd Yusni bin Amri

Founder AmirBM Char Koay Teow

Dari satu gerai,
kepada lebih banyak peluang.

Kenali lebih lanjut tentang peluang Rakan Niaga AmirBM Char Koay Teow dan perjalanan yang sedang diteruskan.

Sertai AmirBM CKT →